Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki tembak wartawan 6 kali

    MANILA, 31 OKT – Seorang wartawan Filipina meninggal dunia selepas ditembak beberapa kali di rumahnya, kata polis hari ini, menjadi yang terbaharu dalam senarai panjang wartawan terkorban di negara itu.

    Ketua Polis tempatan, Mejar Peter Glenn Ipong, berkata mangsa, Orlando Dinoy, seorang wartawan dalam talian, Newsline Philippines dan penyampai untuk Energy FM, ditembak enam das oleh seorang lelaki bersenjata yang menyerbu masuk ke dalam apartmennya di bandar Bansalan, pulau Mindanao.

    Menurutnya, mangsa meninggal dunia serta-merta dan motifnya masih disiasat.

    “Satu sudut yang kami lihat ialah kerjanya sebagai seorang media, tetapi tiada siapa yang boleh memberi kami petunjuk konkrit setakat ini,” katanya kepada AFP. Menurut Kesatuan Kebangsaan Wartawan Filipina, Dinoy ialah wartawan ke-21 yang terbunuh sejak Presiden, Rodrigo Duterte mengambil alih kuasa pada 2016.

    Ketua Polis Negara, Jeneral Guillermo Eleazar mengarahkan siasatan menyeluruh kes itu dan berikrar untuk melindungi media daripada serangan.

    Dalam laporan bulan ini, Jawatankuasa Melindungi Wartawan yang berpangkalan di New York menyenaraikan Filipina di tempat ketujuh dalam Indeks Impuniti Globalnya dengan 13 pembunuhan wartawan masih belum diselesaikan. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda