Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki tempatan didakwa mencuri

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Seorang lelaki tempatan didakwa di Mahkamah Majistret, semalam, atas pertuduhan melakukan curi.

    Tidak ada pengakuan direkodkan daripada Rosazli bin Haji Metassan, 35, yang berdepan dakwaan mencuri tiga buah kereta, alat gerudi Bosch dan satu kunci kereta.

    Kesalahan didakwa berlaku di Kampung Terunjing Lama, Jalan Ban 5 Mulaut dan Rancangan Perumahan Negara Kampung Lambak Kanan pada April 2017.

    Dakwaan terhadap tertuduh dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamaliah binti Haji Ibrahim mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Penggal 22 yang memperuntukkan penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya dan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, Penggal 22 yang membawa penjara sehingga tujuh tahun dan juga denda.

    Timbalan Pendakwa Raya, Kamaliah membuat permohonan untuk tertuduh ditahan reman beberapa hari.

    Majistret Kanan Azrimah binti Haji Abdul Rahman menetapkan 2 Mei untuk kes disebut semula.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda