Friday, November 29, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki tempatan didenda $5,000 milik rokok seludup

    Oleh Fadley Faisal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun didenda $5,000 oleh Mahkamah Majistret, kelmarin, selepas mengaku bersalah memiliki rokok seludup.

    Mohamad Yusdi Sofiedon bin Mohamad Yusof mengaku melakukan kesalahan tersebut di hadapan Pemangku Majistret Kanan, Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid.

    Jika gagal membayar denda tersebut, defendan berisiko dipenjarakan selama lima bulan.

    Pendakwaan mendedahkan pegawai penguat kuasa kastam dari cawangan Belait, bertindak berdasarkan maklumat risikan, telah melakukan pemeriksaan di pos keselamatan Stesen Jana Kuasa Kecil Panaga pada 5 September 2023.

    Serbuan tersebut menemukan empat kotak dan 18 batang rokok pelbagai jenama yang tidak dapat dibuktikan dengan sebarang dokumentasi yang sah oleh tertuduh.

    Mahkamah memerintahkan agar rokok yang dirampas tersebut dimusnahkan.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda