Oleh Syahmi Hassan BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun didenda $1,500 oleh Mahkamah Majistret kelmarin selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mengganggu orang ramai semasa dalam keadaan mabuk. Adi Farid Riswandi bin Idris diperintahkan oleh Majistret Nur Eleana binti Dato Seri Paduka Haji Hairol Arni untuk menjalani hukuman penjara

