Oleh Nour Maghfirah –

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 DIS – Mahkamah Majistret baru-baru ini menjatuhkan hukuman denda $10,000 kepada seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun kerana memiliki rokok dan minuman alkohol.
Majistret Nur Eleana binti Dato Paduka Haji Hairol Arni memerintahkan Rodney Kaesberry menjalani hukuman penjara 10 bulan jika gagal membayar denda.
Menurut pendakwa raya kastam, kesalahan itu berlaku pada 5 Mac, jam 10:05 malam, apabila pegawai Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) memeriksa defendan sebaik tiba di Pos Kawalan Kuala Lurah. Mereka menemui tiga karton pelbagai jenama rokok dan dua botol pelbagai minuman beralkohol tanpa pengisytiharan.
Dia mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu.
Mahkamah memerintahkan barang rampasan itu dilucuthakkan kepada kerajaan untuk dimusnahkan.


