Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan PPDB
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga tempatan yang dikehendaki bagi membantu siasatan.
Menurut kenyataan berkenaan, satu laporan telah dibuat untuk mengesan Pengiran Haji Mohd Yasrizam Ayub bin Pengiran Haji Yaakub (gambar) dengan kad pengenalan 00-262148 (kuning), bagi membantu siasatan pihak Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, boleh menghubungi Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah di talian 2459500 sambungan 490 dan 333 atau talian kecemasan polis 993.