Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki tempatan ditahan atas dakwaan menipu

    Oleh Rafidah Jumat

     

    mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 2 April – Mahkamah Majistret, semalam, memerintahkan seorang lelaki warga tempatan untuk ditahan reman bagi siasatan atas pertuduhan menipu.

    Tiada pengakuan direkodkan daripada Mohammad Norsyazwan bin Mohd Danan yang berdepan dakwaan menipu penjaga stor PanaHome Electronics Sdn Bhd dengan mengemukakan invois yang kononnya daripada pelanggan.

    Dia didakwa mengemukakan invois untuk 10 unit penyedut habuk dan 26 unit Pemain Blu Ray DVD pada 26 Januari 2017.

    Timbalan Pendakwa Raya, Amiriah binti Haji Ali memohon tertuduh untuk ditahan reman selama seminggu.

    Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman menetapkan 8 April untuk sebutan semula.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda