Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki tempatan ditahan, seludup barang tegahan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 SEPT – Polis Marin, Jabatan Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) berjaya menggagalkan satu percubaan kegiatan menyeludup barangan tegahan di kawasan Tanjong Kindana, perairan Sungai Bunga, Daerah Brunei dan Muara.

    Kejadian tersebut berlaku semasa anggota Polis Marin menjalankan rondaan rutin dan mendapati sebuah perahu yang mencurigakan.

    Hasil daripada pemeriksaan terhadap perahu berkenaan, anggota Polis Marin telah menemui tiga kotak sayap ayam, tiga kotak tongkeng ayam, dua plastik udang kering, 23 kotak bar ikan dan satu plastik udang mentah.

    Sejurus penemuan tersebut, pemandu bot berkenaan, Awang Mohammad Amin bin Silimah, seorang warga tempatan berusia 28 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan telah ditahan.

    Siasatan terhadap barang-barang tegahan berkenaan diserahkan kepada Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH) sementara pemandu dan perahu diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi siasatan lanjut.

    Antara penemuan di dalam bot tersebut semasa pemeriksaan dijalankan oleh anggota Polis Marin.
    Barangan tegahan yang dirampas semasa pemeriksaan dijalankan oleh anggota polis marin.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda