Wednesday, April 2, 2025
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki tempatan nafi cubaan menculik

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JULAI – Seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun menafikan pertuduhan, di Mahkamah Perantaraan Rabu lalu, atas cubaan menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun pada 14 Jun lalu di sebuah sekolah rendah.

    Hakim Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar menangguhkan kes kepada 7 Julai depan bagi menetapkan tarikh perbicaraan kes terhadap Mohammad Firdaus bin Yunus.

    Pertuduhan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Raihan Nabilah Ahmad Ghazali mendakwa tertuduh cuba menculik mangsa daripada penjagaan sah ibu mangsa yang berusia 38 tahun, yang membawa hukuman maksimum 10 tahun penjara berserta denda.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda