Oleh Fadley Faisal –
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MEI – Pendakwa raya hari ini mengemukakan pertuduhan serangan seksual terhadap seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun, yang kemudiannya menafikan pertuduhan tersebut.
Menurut pertuduhan yang dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Firdaus Mohammad, Abdul Hazip bin Yakup didakwa melakukan kesalahan itu terhadap seorang perempuan yang merupakan rakan sekerjanya berusia 25 tahun pada 12 Mei jam 11 pagi di tempat kerja mereka.
Majistret Abdul ‘Azim Othman kemudian menangguhkan kes tersebut ke 2 Jun untuk sebutan lanjut.
Pertuduhan itu membawa hukuman penjara selama lima tahun dan sebatan.
