Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki tempatan terlibat judi ditahan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MEI – Seorang lelaki penduduk tetap berusia 72 tahun, telah ditahan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan perjudian nombor ekor di kawasan Kampung Mumong, Kuala Belait.

    Serbuan dilakukan oleh anggota Balai Polis Panaga pada kira-kira jam 4 petang, membawa kepada penemuan sebuah telefon bimbit jenis Redmi Note 9 dan sebuah tablet Samsung Galaxy Tab A7 Lite yang mengandungi maklumat berkaitan nombor-nombor ekor.

    Suspek bersama barang bukti telah dibawa ke Balai Polis Panaga untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 4(c) Akta Rumah-rumah Perjudian Terbuka, Penggal 28, dan suspek kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin polis.

    PPDB dalam kenyataannya menegaskan bahawa aktiviti perjudian dalam talian merupakan satu jenayah serius yang boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat dan negara jika tidak ditangani.

    Orang ramai digalakkan untuk terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat melalui talian kecemasan 993 atau mengunjungi balai polis yang terdekat.

    Antara barang yang dirampas semasa serbuan oleh anggota polis di kawasan Kampung Mumong, Kuala Belait. – GAMBAR SERAHAN PPDB
    GAMBAR SERAHAN PPDB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda