Tuesday, December 24, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki terkaya Algeria dihukum penjara enam bulan

    ALGIRES, 1 JAN – Lelaki terkaya Algeria, Issad Rebrab berjalan keluar selepas mendengar pertuduhan hari ini selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan atas kesalahan cukai, perbankan dan kastam.

    Pendakwa telah memohon hukuman penjara satu tahun dijatuhkan ke atas ketua konglomerat swasta terbesar Algeria, Cevital, salah seorang taikun berusia 74 tahun yang ditangkap pada April sebagai sebahagaian daripada siasatan rasuah besar-besaran.

    Siasatan itu disusuli perletakan jawatan Presiden Abdelaziz Bouteflika selepas berminggu-minggu protes besar-besaran terhadap pemerintahannya selama 20 tahun.

    Rebrab telah menghabiskan lapan bulan dalam tahanan sementara menunggu perbicaran, lebih daripada tempoh hukumannya, maka dia dibebaskan oleh mahkamah.

    Dia didenda 1.383 bilion dinar (lebih daripada AS$11.6 juta, lebih daripada 10.3 juta euro).

    Anak syarikat Cevital, Evcon didenda 2.766 bilion dinar (20.7 juta euro)

    Bank Perumahan untuk Perdagangan dan Kewangan yang berpangkalan di Jordan, juga didakwa dan didenda 3.169 bilion dinar (23.7 juta euro).

    Mereka telah disabit melanggar undang-undang mengenai pertukaran asing dan pemindahan dana serta perisytiharan palsu. – AFP

    Usahawan Algeria dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan industri Cevital, Issad Rebrab kelihatan meninggalkan penjara El-Harrach. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda