Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki terkaya India anjur sambutan pra-perkahwinan mewah

    NEW DELHI, 29 FEB – Lelaki terkaya India, Mukesh Ambani, telah mengadakan sambutan pra-perkahwinan mewah untuk anak lelakinya dengan memberi makan lebih daripada 50,000 orang di kampung halamannya, dengan sambutan dalam beberapa hari akan datang dijangka termasuk beberapa tokoh paling berpengaruh di dunia.

    Ketua Pegawai Eksekutif teknologi global, industri besar, bintang Bollywood, ikon pop dan ahli politik dijangka turun pada hari Jumaat untuk sambutan tiga hari utama yang dihoskan oleh hartawan jutawan Mukesh Ambani, yang sedang membina kompleks kuil Hindu yang luas untuk acara itu.

    Ambani, 66, pengerusi gergasi minyak-telekomunikasi Reliance Industries, adalah orang terkaya Asia menurut senarai bilionair masa nyata Forbes, bernilai lebih daripada AS$114 bilion.

    Ambani dan isterinya, Nita pada petang kelmarin bersama anak lelaki mereka, Anant dan tunangnya, Radhika Merchant telah melancarkan jamuan tiga hari untuk penduduk kampung di Perbandaran Reliance di kampung halamannya di Jamnagar, di negeri Gujarat di barat India.

    Anant, 28, yang juga berkhidmat sebagai pengarah dalam lembaga pengarah beberapa firma milik Reliance, dijangka berkahwin dengan Merchant, 29, anak kepada seorang pengusaha, hujung tahun ini.

    Ambani mengadakan perkahwinan termahal di India untuk anak perempuannya pada 2018, yang dilaporkan menelan belanja AS$100 juta dan menyaksikan bintang pop AS, Beyonce membuat persembahan.

    Mukesh Ambani (tengah), pengerusi di Reliance Industries bersama anaknya, Anant Ambani semasa Anna Seva (khidmat makanan masyarakat) pada acara sambutan pra-perkahwinan Anant Ambani dan Radhika Merchant di Jamnagar. – AFP

    Kali ini, bintang R&B, Rihanna, ahli ilusi, David Blaine dan Diljit Dosanjh dari Bollywood akan membuat persembahan untuk tetamu, yang dijangka termasuk pengasas Microsoft, Bill Gates, ketua Meta, Mark Zuckerberg dan beberapa pemimpin politik semasa dan bekas, menurut senarai yang dikeluarkan oleh Reliance .

    Turut dijemput ialah ketua Disney, Robert Iger, berikutan perjanjian yang dipersetujui kelmarin antara Reliance Industries dan Walt Disney untuk menggabungkan perniagaan media India mereka. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda