Monday, March 10, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki terselamat selepas dilanggar kereta api

    LIMA, 9 MAC – Seorang lelaki yang mabuk terselamat selepas dilanggar kereta api kargo kelmarin ketika tidur di sepanjang landasan kereta api di Peru, kata pihak berkuasa tempatan.

    “Kereta api itu melanggarnya sehingga terjatuh tetapi melalui beberapa keajaiban ia tidak membunuhnya,” kata Pegawai Keselamatan untuk bandar Ate di wilayah Lima, Jeneral Javier Avalos, kepada AFP.

    “Dia nampaknya dalam keadaan mabuk, tertidur di sepanjang landasan kereta api dan tidak menyedari kereta api datang,” kata Avalos.

    Kereta api itu dalam perjalanan menuju ke Andes, Peru, apabila ia melanggar Juan Carlos Tello, 28 tahun, katanya, sambil menambah ia segera berhenti.

    Rakaman pengawasan yang dikeluarkan oleh bandar itu menunjukkan lokomotif mengheret pemuda itu sejauh beberapa meter.

    Dia hanya mengalami kecederaan ringan di lengan kirinya, kata Avalos.

    Kemalangan merupakan perkara biasa berlaku di landasan kereta api itu. Pada Ogos 2024, seorang lelaki muda yang memakai fon kepala telah dilanggar dan dibunuh oleh kereta api kargo ketika cuba melintasi landasan. – AFP

    Envato

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda