Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lelaki tertua meninggal dunia

    CARACAS, 3 APRIL – Warga Venezuela, Juan Vicente Perez Mora, yang disahkan pada 2022 oleh Guinness World Records sebagai lelaki tertua di dunia, meninggal dunia kelmarin pada usia 114 tahun, kata pegawai dan saudara mara.

    “Juan Vicente Perez Mora telah menjangkau kehidupan abadi pada usia 114 tahun,” kata Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, di platform media sosial X.

    Perez secara rasmi disahkan sebagai lelaki paling tua yang hidup pada 4 Februari 2022, ketika dia berusia 112 tahun dan 253 hari, menurut Guinness.

    Bapa kepada 11 orang, sehingga 2022, dia mempunyai 41 orang cucu, 18 cicit dan 12 piut.

    Petani yang dikenali sebagai Tio Vicente itu dilahirkan di bandar El Cobre, di negeri Andes Tachira pada 27 Mei 1909.

    Perez adalah anak kesembilan daripada 10 adik-beradik.

    “Pada usia lima tahun, dia mula bekerja dengan ayah dan abangnya dalam bidang pertanian dan membantu dalam penuaian tebu dan kopi,” menurut kenyataan Guinness pada 2022.

    Perez kemudiannya menjadi syerif dan bertanggungjawab menyelesaikan pertikaian tanah dan keluarga, semasa masih bekerja dalam bidang pertanian. – AFP

    Gambar fail menunjukkan reaksi Perez pada usia 112 tahun di rumahnya di San Jose de Bolivar, negeri Tachira, Venezuela pada 24 Januari 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...