Monday, October 28, 2024
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki tetak pekerja wanita di Tokyo

    TOKYO, 27 OKT – Seorang pekerja wanita berusia 18 tahun di sebuah bar di Tokyo maut selepas ditetak oleh seorang pelanggan lelaki menggunakan pisau hari ini, lapor Xinhua memetik media tempatan.

    Pelanggan berkenaan, Hiroyuki Chigira, 49, yang berasal dari Wilayah Gunma didakwa menetak Yuna Tanisawa di bahagian leher sekitar 5:40 pagi waktu tempatan, lapor Kyodo News memetik kenyataan polis.

    Pengurus bar berjaya menahan suspek sebelum polis tiba di tempat kejadian, menurut laporan itu.

    Tanisawa disahkan meninggal dunia di hospital. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda