Friday, May 16, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki Thailand ditahan kerana seludup anak orang utan

    BANGKOK, 15 MEI – Polis Thailand telah menahan seorang lelaki yang disyaki menyeludup dua anak orang utan ke dalam negara itu, menurut kenyataan hari ini, dalam satu kes yang dikaitkan dengan rangkaian pemerdagangan hidupan liar antarabangsa.

    Suspek berusia 47 tahun itu ditahan pada petang kelmarin di sebuah stesen minyak di kawasan perumahan di Bangkok ketika sedang bersiap untuk menyerahkan haiwan tersebut kepada seorang pelanggan, kata polis dalam satu kenyataan.

    Dua anak orang utan – seekor berusia sekitar setahun dan seekor lagi baru berusia sebulan – ditemui dalam sebuah bakul plastik lengkap memakai lampin dan botol susu di sebelah mereka, menurut gambar yang dikeluarkan oleh polis.

    Penahanan itu dibuat hasil siasatan bersama dengan Perkhidmatan Perikanan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat serta Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC).

    Orang utan yang berasal dari Borneo dan Sumatera diklasifikasikan sebagai Spesies Terancam Kritikal dalam Senarai Merah IUCN dan dilindungi di bawah perjanjian CITES dan merupakan antara primat yang paling banyak diperdagangkan di dunia.

    Polis Thailand berkata haiwan itu dipercayai telah dijual dengan harga sekitar 300,000 baht setiap seekor.

    Lelaki itu telah didakwa atas kesalahan ‘memiliki hidupan liar dilindungi secara haram’ mengikut undang-undang Thailand dan boleh berdepan hukuman penjara sehingga empat tahun.

    Anak orang utan itu, yang dinamakan Christopher dan Stefan, telah diserahkan kepada Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan untuk pemeriksaan kesihatan dan penjagaan bagi membantu ‘memulihkan keadaan mereka’.

    Polis berkata suspek mengaku telah diupah untuk menghantar haiwan tersebut, tetapi tidak mendedahkan jumlah bayaran yang diterima.

    “Kami sedang menyiasat rangkaian yang lebih besar,” kata Kasidach Charoenlap, pegawai polis daripada Biro Siasatan Pusat yang terlibat dalam siasatan itu kepada AFP.

    Thailand merupakan hab transit utama bagi penyeludup hidupan liar, yang sering menjual haiwan terancam yang bernilai tinggi di pasaran gelap yang menguntungkan di China, Vietnam dan Taiwan. – AFP

    Pihak berkuasa bersama seekor anak orang utan yang telah diselamatkan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/