Sunday, December 22, 2024
21.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki tikam lima individu berdepan tuduhan laku jenayah kebencian

    NEW YORK, 31 DIS – Pendakwa raya persekutuan Amerika Syarikat semalam memfailkan pertuduhan melakukan jenayah kebencian terhadap seorang lelaki yang didakwa menikam lima orang Sabtu lepas di rumah seorang rabai di New York, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan.

    Grafton Thomas, 37, dari Tasik Greenwood, menghadapi lima pertuduhan menghalang kebebasan melakukan amalan keagamaan dengan senjata serta percubaan membunuh dan berdepan hukuman penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan.

    Pendakwaan itu dikemukakan selepas tertuduh dihadapkan ke sebuah mahkamah negeri di New York sehari sebelumnya, di mana dia mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan cuba membunuh dan satu pertuduhan merompak, menurut rekod mahkamah. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda