Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki tinggal ‘percuma’ di hotel selama dua tahun

    NEW DELHI, 22 JUN – Polis India sedang menyiasat suspek penipu yang menginap hampir dua tahun di hotel lima bintang tanpa membayar selepas dilaporkan merasuah kakitangan untuk membetulkan rekod, kata media negara itu hari ini.

    Ankush Dutta menempah bilik di hotel Roseate House di New Delhi pada 30 Mei 2019 dan sepatutnya mendaftar keluar pada hari berikutnya.

    Tetapi dia melanjutkan penginapannya selama 603 malam sehingga dia keluar pada 22 Januari 2021, meninggalkan bil yang belum dibayar sebanyak AS$70,000.

    “Akaun telah dipalsukan untuk menyembunyikan tunggakan sebenar,” menurut aduan polis, dipetik oleh akhbar Indian Express.

    Pengurus hotel juga memfailkan aduan polis terhadap beberapa pekerja berhubung konspirasi, pemalsuan dan penipuan, dengan pegawai mengatakan mereka mengesyaki kakitangan telah disogok untuk memanipulasi sistem perisian dalaman.

    Pegawai Roseate House tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda