Monday, April 28, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki tua jadi blogger kecantikan alat solek

    CHINA, 15 MEI – Seorang lelaki berusia 72 tahun di China menawan hati jutaan orang selepas dilaporkan bahawa dia menghabiskan sebahagian besar masanya mempromosikan alat solek dan produk kecantikan lain dalam talian untuk merawat cucunya yang sakit.

    Pesara Cina itu telah mendedikasikan masanya untuk pekerjaan luar biasanya, iaitu blogger kecantikan mekap, yang mana dia menggunakan semua jenis produk kecantikan, daripada krim kepada gincu dan maskara untuk peminat di seluruh negara. Ia bukan kelakuan tipikal untuk lelaki seusia Zhu, tetapi sekali lagi, dia bukan cerita tipikal.

    Menurut laporan Oddity Central, enam tahun lalu, cucu Zhu Yunchang, Xiao Jingyan, disahkan menghidap penyakit jarang ditemui iaitu atrofi otot tulang belakang (SMA) dan hanya mempunyai kira-kira 18 bulan untuk hidup.

    Satu-satunya ubat yang digunakan untuk merawat keadaan Xiao hanya boleh diimport dari Amerika Syarikat (AS) dan berharga sekitar AS$100,000.

    Zhu menjelaskan dia tidak tahu apa-apa tentang produk kecantikan, tetapi dia tidak takut atau malu untuk belajar. Dia pergi ke kedai kosmetik dan meminta kakitangan untuk mengajarnya tentang produk dan cara menggunakannya.

    Setelah populariti dalam talian Zhu Yunchang mula berkembang, dan dia mula memperoleh gaji yang lumayan untuk cucunya.

    Beberapa ubat Xiao Jingyan kini telah dimasukkan ke dalam senarai insurans di China, jadi beban kewangan keluarga jadi ringan dengan ketara, tetapi pesara berusia 72 tahun itu terus bekerja sebagai blogger kecantikan, menguji produk pada dirinya sendiri dan mempromosikannya kepada pengikutnya. – Agensi

    Zhu Yunchang mempromosikan alat solek dan produk kecantikan lain dalam talian untuk merawat cucunya yang sakit. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda