LONDON, 4 APRIL – Seorang hakim United Kingdom kelmarin memenjarakan seorang lelaki selama lebih empat dekad kerana menembak mati seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, mengakhiri perbicaraan kes yang telah mengejutkan negara itu.
Pembunuhan Ogos lalu ke atas Olivia Pratt-Korbel di Liverpool, barat laut England yang merupakan tembakan maut ketiga di bandar itu dalam tempoh seminggu, mendorong gesaan untuk tindakan lebih besar untuk menangani senjata api dan jenayah terancang.
Selepas perbicaraan lebih tiga minggu diadakan di bawah kawalan keselamatan yang ketat, juri minggu lalu mensabitkan Thomas Cashman, 34, bersalah atas pembunuhan pelajar sekolah itu dan cubaan membunuh sasaran yang dihasratkan, Joseph Nee.
Juri di Mahkamah Mahkota Manchester juga mendapati dia bersalah atas pertuduhan lain berkaitan mencederakan ibu mangsa, Cheryl Korbel, semasa serangan itu.
Olivia ditembak di dada ketika dia berlindung di belakang ibunya, yang telah membuka pintu rumah mereka selepas mendengar bunyi tembakan di luar. – AFP