Saturday, February 22, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki Vietnam mati ditikam di Jepun

    TOKYO, 12 SEPT – Seorang lelaki mati ditikam di bandar Kawasaki di kawasan Greater Tokyo, lapor media tempatan hari ini.

    Polis tempatan berkata mereka menemui mangsa, seorang warga Vietnam berusia 57 tahun, berlumuran darah di sebatang jalan, kelmarin.

    Seorang lelaki dilihat melarikan diri dari tempat kejadian membawa sebilah pisau selepas serangan berlaku, menurut polis.

    Polis berkata mereka telah membuka siasatan pembunuhan dan mencari penyerangnya dengan senjata yang digunakan belum ditemui.

    Pada masa sama, mereka meminta orang ramai di kawasan kejiranan tersebut untuk sentiasa berwaspada mengenai serangan itu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda