Oleh Hajah Saemah Kepli
KUALA BELAIT, 5 Mei – Seorang lelaki warga asing dilaporkan mengalami keretakan di bahagian bahu kanannya selepas kereta jenis sedan yang dipandunya terlibat dalam kemalangan jalan raya kira-kira jam 10:45 pagi tadi, di sini.
Lelaki yang berusia 20 tahun itu telah dikejarkan ke Hospital Suri Seri Begawan untuk menerima rawatan, bagaimanapun pihak polis melaporkan lelaki itu pada masa ini dalam keadaan stabil.
Kejadian nahas yang berlaku di kawasan Jalan Bunga Raya telah dilaporkan ke Balai Polis Kuala Belait kira-kira jam 10:50 pagi tadi.
Punca kejadian bagaimanapun belum dikenal pasti.
