Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki warga China dipenjara seludup kura-kura bernilai AS$1 juta

    NEW YORK, 12 OGOS – Seorang lelaki warga China berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun selepas mengaku bersalah cuba menyeludup kura-kura dilindungi bernilai lebih AS$1 juta dari Amerika Syarikat (AS) ke Hong Kong.

    Wei Qiang Lin dari Brooklyn membuat pengakuan itu kelmarin di Mahkamah Daerah Persekutuan New York atas tuduhan mengeksport lebih 220 bungkusan mengandungi kira-kira 850 ekor kura-kura eastern box dan three-toed box.

    Jabatan Kehakiman AS memaklumkan, haiwan tersebut dibungkus dalam stoking bagi perjalanan yang mengambil masa beberapa minggu, manakala kotak-kotak itu dilabel sebagai ‘mainan haiwan plastik’.

    Kura-kura hidup yang diseludup dibalut dengan stoking untuk perjalanan selama beberapa minggu dari AS ke Hong Kong. – AFP

    Kura-kura bernilai AS$1.4 juta itu dipintas pihak berkuasa ketika pemeriksaan di sempadan. Spesies berkenaan mempunyai corak berwarna menarik dan menjadi buruan pasaran haiwan peliharaan domestik serta antarabangsa, khususnya di China dan Hong Kong.

    Kedua-dua spesies tersebut dilindungi di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES).

    Hukuman akan dijatuhkan pada 23 Disember, dengan Lin berdepan hukuman maksimum lima tahun penjara, tiga tahun pengawasan selepas pembebasan, serta denda sehingga AS$250,000. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda