Thursday, October 24, 2024
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki warga Filipina terima hidayah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – Seorang lelaki warga Filipina, Castillo Romevic Gerios berusia 47 tahun melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan pegawai dan kakitangan Bahagian Pengembangan Dakwah yang berlangsung di Pusat Dakwah Islamiah (PDI) pagi tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat di Majlis Pengislaman berkenaan ialah Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah diikuti dengan Lafaz Dua Kalimah Syahadah oleh Castillo Romevic Gerios yang kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Muhammad Aiman Castillo bin Abdullah.

    Majlis Pengislaman diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada saudara baharu yang diraikan dan diserikan lagi dengan Dikir Marhaban dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Sejak awal Januari 2024 hingga 23 Oktober 2024, seramai 254 orang telah memeluk agama Islam di Negara Brunei Darussalam.

    Muhammad Aiman Castillo melafazkan syahadah.
    Haji Abdul Rajid hadir selaku tetamu kehormat dalam majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda