Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki warga Malaysia didakwa

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Seorang lelaki warga Malaysia didakwa di Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan memiliki tiga laras senapang patah buatan sendiri tanpa lesen.

    Tidak ada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, David anak Empayau, 33, sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hajah Noor Amalina binti Dato Paduka Haji Alaihuddin.

    Tertuduh didakwa memiliki senapang patah buatan sendiri tanpa kebenaran di sebuah bilik beralamat di Rumah Panjang Kampung Melayan, Mukim Bukit Sawat sekitar 28 November 2018 kira-kira jam 2:10 petang.

    Kes disiasat di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan Senjata dan Bahan Letupan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 15 tahun serta boleh dihukum sebatan tidak kurang tiga sebatan dan tidak melebihi 12 sebatan.

    Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Atiyyah binti DP Haji Abas membuat permohonan untuk tertuduh ditahan reman selama dua minggu.

    Kes akan disebut lagi pada 13 Disember 2018.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda