Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki warga Malaysia didenda seludup rokok

    Oleh Nour Maghfirah – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Seorang lelaki warga Malaysia didenda $16,312 oleh Mahkamah Majistret di Kuala Belait hari ini selepas dia ditangkap atas kesalahan membawa masuk rokok secara haram ke negara ini.

    Kho Wei Hong, 32, perlu menjalani hukuman penjara 13 bulan jika gagal membayar denda tersebut.

    Majistret Syaffina binti Shahif mendengar bahawa Kho telah dipintas oleh pegawai Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) di bahagian ketibaan Pos Kawalan Sungai Tujoh pada 8:24 pagi pada 1 Julai, di mana pemeriksaan menemui 19 karton, 13 paket dan 17 batang pelbagai jenama rokok miliknya.

    Semua rokok seludup telah dirampas untuk dilupuskan.

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda