Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki warga Malaysia mengaku bersalah, dipenjara 4 tahun

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jan – Seorang lelaki warga Malaysia dijatuhi empat tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi selepas menukar pengakuannya kepada ‘bersalah’ atas tuduhan menyimpan barang curi.

    Then Ngit Kong, 46, yang mengetahui barangan itu adalah barang curi didakwa membeli barang berharga dari Muhammad Dennie Eswandi bin Saban yang kini dihukum penjara 12 tahun dan dua sebatan atas kesalahan yang melibatkan pecah masuk rumah, menceroboh dan tidak mematuhi pegawai atasannya ketika ditugaskan di pos kawalan untuk menjaga tempat larangan.

    Then Ngit Kong yang bekerja di kedai emas mengetahui yang Muhammad Dennie adalah anggota polis yang ditugaskan untuk menjaga ‘tempat larangan’ namun terus membeli barangan yang dipercayainya bukan milik Muhammad Dennie Eswandi.

    Seorang lagi tertuduh, Jocelyn Lim Siow Fan yang turut menyimpan barang curi dari Muhammad Dennie Eswandi telahpun dijatuhi hukuman penjara selama 16 bulan selepas mengaku bersalah pada Oktober 2017.

    Kes didakwa Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Rozaimah binti Haji Abdul Rahman manakala Then Ngit Kong diwakili Peguam Shamila Subramaniam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda