KUALA LUMPUR – Lemang yang enak dimakan bersama rendang atau serunding, antara juadah tradisional yang cukup sinonim dengan hari raya termasuk Hari Raya Aidiladha. Tiga bahan asas digunakan untuk menghasilkan lemang iaitu beras pulut, santan kelapa dan garam, kemudiannya dicampur sehingga sebati sebelum dimasukkan ke dalam buluh yang bersih dengan daun pisang digulung ke dalamnya.

