Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lemas cuba ambil bola

    BINTULU, 30 Jun – Seorang remaja lelaki mati lemas selepas dikatakan tergelincuiir ke dalam Sungai Tatau ketika dipercayai cuba mengambil sebiji bola yang terjatuh ke sungai berkenaan sekitar jam 7 petang kelmarin, lapor Utusan Borneo edisi online hari ini.

    Pegawai Operasi Balai Bimba Bintulu, Mohd Ishak Imram dipetik sebagai berkata, seramai enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau bergegas ke lokaso kejadian sejurus dimaklumkan mengenai insiden tersebut bagi menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat remaja berusia 13 tahun itu.

    Beliau berkata, mangsa dikatakan cuba mengambil bola yang terjatuh ke sungai, tetapi tergelincir ke dalam sungai menyebabkannya hanyut dibawa arus deras sebelum tenggelam.

    “Mayat mangsa ditemui kira-kira 2 dua jam kemudian iaitu sekitar jam 9 malam oleh penduduk kampong yang turut serta dalam usaha mencari, sebelum diserahkan kepada pihak pilis untuk tindakan selanjutnya,” jelas beliau.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda