Monday, November 18, 2024
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lembu jantan lagak seperti kuda

    VIEVILLE-SOUS-LES-COTES, PERANCIS, 23 DIS – Di hujung ladang anggur, perkampungan utara Perancis, Sabine Rouas dan ‘kudanya’ Aston yang sebenarnya seekor lembu jantan seberat 1.4 tan (3,000 paun), membuat pencapaian cemerlang.

    Pemandu yang bingung melihat kejadian itu segera menghentikan van dan mengeluarkan telefon bimbitnya untuk merakam peristiwa ganjil itu.

    Kemunculan Aston sering mencetuskan reaksi yang sama hingga membuatkan Sabine ketawa.

    “Sejujurnya, saya tidak mencipta ini. Lihat di seluruh dunia, orang menunggang pelbagai jenis haiwan – burung unta, unta, gajah,” katanya.

    Aston adalah selebriti tempatan di rantau Meuse dan kini di seluruh dunia, juga dalam web.

    Sabine Rouas menunggang lembu jantannya, Aston di Perancis pada 13 Disember. – AFP

    Suami Sabine Yannick Kirschhoffer merupakan pengurus media sosial lem-bu jantan itu dan Aston mempunyai 62,000 peminat TikTok, 90,000 langganan YouTube dan hampir sama ramai pengikut dalam Facebook.

    Sabine yang kerjanya sebagai pe-ngurus jualan, tinggal di seberang sempadan Luxembourg di sebuah rumah tepi ladang ternakan, dulunya merupakan seorang penunggang kuda, namun kuda lumbanya mati.

    Masa yang dilaluinya, dihabiskan melihat kehidupan harian lembu, satu hari dia memutuskan untuk bertanya kepada petani jika dia boleh bertemu dengan haiwan tersebut, untuk memulihkan hubungannya dengan haiwan yang lebih besar.

    “Saya masih mempunyai masalah dengan kuda, tetapi saya rindu untuk berhubung dengan haiwan-haiwan itu. Jadi saya pergi ke ladang dan ternampak seekor lembu yang kelihatan lebih aktif daripada yang lain,” katanya.

    “Saya mula menyisir bulunya. Saya dapat rasakan ia bijak. Ia belajar mengangkat kakinya, sebagai tanda ucapan helo dan memberi respons ketika saya sebut namanya,” katanya.

    Sabine yang teruja dengan rakan baharunya itu terus membeli Aston bersama anaknya dan dia tahu cara-cara melatih kucing dan percaya ikatan antara manusia dan haiwan, maka dia mula melatih anak lembu, Aston, untuk hidup bersamanya.

    Meskipun tidak mudah untuk melatihnya dan pernah jatuh 38 kali semasa menunggangnya dalam masa tiga bulan tetapi sembilan tahun kemudian, Aston menjadi ‘kuda’ terlatih, melompat melepasi pagar kecil, berlari dan berjingkrak-jingkrak.

    “Melihat saya menunggang kuda, Aston mahu melakukan perkara yang sama,” kata Sabine.

    “Memandangkan ia belajar dengan cepat, kami menggunakan bakatnya untuk meniru aksi menunggang kuda.”

    “Apabila orang melihatnya, mereka memberitahu saya bahawa Aston fikir ia kuda, dan memang benar ia suka meniru kuda-kuda lain. Tetapi saya tidak boleh memaksa ia melakukan apa-apa yang tidak suka dilakukannya.”

    “Aston mempunyai berat 1.4 tan dan mempunyai keperibadian sendiri. Jika ia melompat melepasi halangan, itu bermaksud ia menyukainya.”

    Aston kini banyak mendapat permintaan untuk membuat persembahan dalam acara ekuestrian dan muncul dalam filem sambil membangunkan jenama dalam talian. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda