Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lembu mati dipanah petir, cetus kebakaran di Greece

    THESSALONIKI, GREECE, 21 JULAI – Panahan petir di utara Greece membunuh lembu dan mencetuskan kebakaran semasa gelombang haba beberapa hari yang menjejaskan sebahagian besar selatan Eropah.

    Beberapa kebakaran dilaporkan berhampiran bandar Kozani, 450 kilometer di utara Athens berikutan ribut petir kering di kawasan itu, kata pihak berkuasa kelmarin.

    Lebih jauh ke utara, berhampiran bandar Florina di Greece, pegawai-pegawai dari sebuah organisasi insurans pertanian awam berkata sembilan ekor lembu mati dipanah petir di ladang lembu dan beberapa haiwan lain cedera.

    Pemilik ladang lembu Alexandros Tsikos memberitahu The Associated Press bahawa dia mendapati haiwan-haiwan itu mati di kawasan ragut di sebelah kandang lembu. – AP

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda