Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lempar anak dari tingkat 15, suami isteri dihukum mati

    BEIJING, 31 JAN – China hari ini melaksanakan hukuman mati ke atas sepasang suami isteri kerana melempar keluar dua anak kecil dari tingkap bangunan pangsapuri, dalam kes yang menimbulkan kemarahan seluruh negara.

    Zhang Bo dan Ye Chengchen sebelum ini didapati bertanggungjawab atas kematian kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan kanak-kanak lelaki berusia setahun yang terjatuh dari tingkat 15 menara sebuah kediaman di Chongqing di barat daya China.

    Zhang, yang merupakan bapa kepada dua anak itu, telah menjalin hubungan sulit dengan Ye, yang pada mulanya tidak sedar dia sudah berkahwin dan mempunyai anak.

    Dia kemudian menggesa Zhang untuk membunuh dua anaknya, yang dianggapnya sebagai ‘penghalang’ untuk mereka berkahwin dan beban kehidupan masa depan mereka bersama’, kata Mahkamah Rakyat Pertengahan No. 5 Chongqing dalam satu kenyataan.

    Pada November 2020, Zhang melemparkan anak-anaknya keluar dari tingkap apartmen ketika ibu mereka tiada, yang telah bersetuju untuk bercerai.

    Kedua-duanya didapati bersalah bersubahat ‘untuk membunuh anak perempuan dan anak lelakinya dengan mengatakan mereka terjatuh secara tidak sengaja dari tingkat 15 bangunan pangsapurinya’, lapor China Daily pada tahun lalu.

    Pasangan itu dijatuhi hukuman mati pada Disember 2021 dan dilaksanakan hari ini, kata mahkamah.

    Berita itu keluar pada hari yang sama dengan satu lagi hukuman mati berprofil tinggi – ke atas Wu Xieyu, yang didapati bersalah kerana telah membunuh ibunya dengan memukulnya berulang kali menggunakan dumbel pada 2015, kata satu kenyataan mahkamah di wilayah timur Fujian. – AFP

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...