Monday, October 7, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lempar bom petrol, polis buru tiga along

    LUMUT, 6 OKT – Polis sedang memburu tiga individu disyaki along yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis awal pagi semalam.

    Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abdul Rahman berkata dalam kejadian sekitar 3:08 pagi itu, sembilan botol bom petrol dilemparkan ke arah kediaman berkenaan hingga menyebabkan sebuah kereta dan motosikal terbakar.

    “Polis menerima laporan pada 9:36 pagi semalam daripada mangsa lelaki berumur 25 tahun yang juga seorang pekerja syarikat kuari.  “Siasatan awal mendapati ketiga-tiga individu itu menaiki sebuah kereta Toyota Altis dan memakai pelitup muka,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

    Hasbullah berkata hasil pemeriksaan lanjut di lokasi turut menjumpai lima helai kertas tertera tulisan bahasa Cina di luar pagar rumah mangsa yang memberikan amaran supaya melangsaikan hutang.

    “Pengadu bagaimanapun menafikan pernah terbabit dengan pinjaman wang tidak berlesen atau bermusuh dengan orang,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda