Thursday, July 4, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Lengkapi pengetahuan, nilai prestasi melalui forum

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Bersempena Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (Brunei MYCE), Jabatan Perdana Menteri selaku Sekretariat Jawatankuasa Khas Penyelarasan Kebangsaan Matlamat Pembangunan yang Berdaya Tahan (SDG) dengan kerjasama Sekolah Perdagangan dan Ekonomi, Universiti Brunei Darussalam (UBDSBE), telah menganjurkan Forum Brunei Mampan selama dua hari yang berlangsung di Bilik Senat, Dewan Canselor Universiti Brunei Darussalam yang bermula kelmarin.

    Pada forum hari kedua berkenaan, majlis pengijazahan telah diadakan bagi peserta-peserta yang telah menghadiri Bengkel Sustainab’ALL ESG Start Programme, anjuran TotalEnergies Brunei yang telah dilancarkan pada 26 Februari lalu.

    Hadir untuk menyempurnakan pengijazahan para peserta program berkenaan ialah Pengurus Besar TotalEnergies Brunei, Jerome Saniez.

    Program itu telah melengkapkan 18 buah syarikat dengan pengetahuan, sumber dan alat untuk menilai prestasi mampan yang sedia ada serta memetakan matlamat mampan masa depan.

    Jerome Saniez bergambar ramai dengan para peserta semasa forum berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    GAMBAR OLEH SIM Y.H.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM China ajak kerjasama AI antarabangsa

    SHANGHAI, 4 JULAI- Perdana Menteri China, Li Qiang hari ini menyeru kerjasama global dan pemikiran yang lebih terbuka dalam kecerdasan buatan (AI), ketika persaingan...