Oleh Syahmi Hassan BANDAR SERI BEGAWAN, 23 SEPT – Sebagai usaha melengkapkan belia dengan kemahiran kepimpinan dan cara menangani tekanan harian dengan berkesan, Persatuan Kemajuan Insan (KESAN) telah menganjurkan Program Kepimpinan Pemangkin (CLP) yang berlangsung selama dua hari, baru-baru ini. Diadakan di Perkampungan Sukan, Berakas A, CLP juga merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk melengkapkan belia

