Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Lengkapkan belia dengan kemahiran kepimpinan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 SEPT – Sebagai usaha melengkapkan belia dengan kemahiran kepimpinan dan cara menangani tekanan harian dengan berkesan, Persatuan Kemajuan Insan (KESAN) telah menganjurkan Program Kepimpinan Pemangkin (CLP) yang berlangsung selama dua hari, baru-baru ini.

    Diadakan di Perkampungan Sukan, Berakas A, CLP juga merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk melengkapkan belia di bawah Program Pementoran KESAN dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan kerana mereka akan melaksanakan projek kumpulan menjelang akhir tahun.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan KESAN, seramai 13 orang belia berumur dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun telah menyertai program tersebut pada tahun ini.

    Dengan tema Siapa Saya?, program itu diisikan dengan beberapa ceramah dan aktiviti fizikal, termasuk ceramah dalam talian bertajuk Rising Above the Stresses of Everyday Life, oleh Mizi Wahid yang mengenal pasti tekanan biasa dihadapi pelajar dan menyampaikan cara menanganinya dengan berkesan.

    Salah seorang peserta, Awang Muhammad Asyraf bin Zulkifli berkata, program itu membuatkan beliau merasakan semangat kekitaan dalam organisasi, dan pelbagai ceramah serta aktiviti pembinaan pasukan memberi manfaat dan menyeronokkan.

    Seorang lagi peserta iaitu Dayang Alya Darwisyah binti Haji Hajizul menambah bahawa manfaat utama yang diperolehi daripada program berkenaan ialah mengiktiraf kekuatan dan kelemahan seseorang adalah penting dalam membantu mencapai matlamat hidup.

    Setakat April 2022, lebih daripada 40 orang sedang dibimbing secara aktif setiap minggu, di mana mereka mempelajari kemahiran seperti pengurusan masa dan projek.

    Para peserta bergambar ramai semasa program kepimpinan yang berlangsung selama dua hari, baru-baru ini. – Gambar serahan Persatuan KESAN
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...