Thursday, February 13, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lengkapkan guru dengan pengetahuan asas hadapi situasi gangguan rohani

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 FEB – Unit Perkhidmatan Kaunseling, Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengajian lslam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) mengadakan majlis keagamaan dengan ceramah bertajuk Gangguan Jin: Tanda-tanda dan Cara Mengatasinya bertempat di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Kampung Serusop, pagi tadi.

    Turut hadir pada ceramah tersebut ialah Ketua Bahagian Pentadbiran, JPI, KHEU, Hajah Rashidah binti Haji Sharbini.

    Ceramah berkenaan merupakan salah satu usaha jabatan untuk melengkapi guru-guru bimbingan dan kaunseling di sekolah-sekolah Arab dan agama dengan pengetahuan asas terutama dalam menghadapi situasi gangguan rohani di kalangan warga sekolah.

    Ceramah disampaikan oleh dua orang pegawai dari Pusat Dakwah Islamiah (PDI), KHEU iaitu Pegawai Perkembangan Ugama, Bahagian Pengembangan Dakwah, Awang Muhammad Yusri bin Haji Majid dan Pembantu Kanan Perkembangan Ugama, Unit Kursus, Bahagian Penyebaran Dakwah, Awang Abdul Khaliq bin Awak.

    Dengan adanya ceramah seumpama itu diharapkan ilmu pengetahuan yang diperoleh oleh guru-guru bimbingan dan kaunseling dapat mengongsikan kepada warga sekolah khususnya, serta masyarakat umumnya.

    Guru-guru bimbingan dan kaunseling bergambar ramai semasa majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara pengongsian yang disampaikan oleh salah seorang pegawai PDI pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Hajah Rashidah semasa menyampaikan hadiah penghargaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda