Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lenovo lancar Legion untuk pengalaman permainan digital

    KUALA LUMPUR, 14 Mac – Lenovo hari ini melancarkan siri komputer riba Legion Y720 dan Y520 yang direka bagi menyokong pengalaman permainan digital.

    Pengurus Besar Negara Asia Pasifik Tengah Lenovo bagi Malaysia dan Singapura Khoo Hung Chuan berkata, rekaan Legion adalah yang terbaik, amat berkuasa dan bercirikan peranti pasang dan main serta fleksibiliti untuk dinaiktarafkan oleh pengguna sendiri.

    “Lenovo Gaming Research menunjukkan bahawa 59 peratus pemain komputer peribadi (PC) di seluruh dunia, yang telah bermain selama enam hingga 15 tahun, mahukan pengalaman yang lebih mendalam daripada komputer peribadi mereka.

    “Y720 dan Y520 adalah amat berkuasa, ia menawarkan pemain, suasana yang realistik melalui bunyi dan paparan grafik berdefinisi tinggi,” kata Khoo, sambil menambah bahawa Legion Y720 merupakan komputer riba Window pertama di dunia yang berasaskan Dolby Atmos PC dengan sistem bunyi menakjubkan.– Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda