PARIS, 29 JAN – Lens terlepas peluang untuk menyamai mata dengan Paris Saint-Germain (PSG) yang berada di puncak Liga 1 kelmarin setelah hanya menjaringkan gol penyamaan hasil daripada pemain gantian, Adrien Thomasson untuk seri 1-1 di Troyes.
Lens mencatatkan kekalahan kedua selepas jaringan bekas pemain muda Liverpool, Yasser Larouci meletakkan skuad Troyes yang dibimbing oleh bekas pemain antarabangsa Australia, Patrick Kisnorbo, mendahului lima minit babak separuh masa kedua.
Namun Thomasson, pemain dari Strasbourg, turun dari bangku simpanan dan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada dua minit sebelum permainanan tamat di Stade de l’Aube.
Keputusan itu meninggalkan Lens dua mata di belakang pendahulu PSG, yang bermain menentang Reims di Parc des Princes, hari ini.
Marseille boleh memintas kedudukan Lens dengan perbezaan gol ketika mereka menentang Monaco pada perlawanan lewat kelmarin tetapi mereka juga menghadapi nasib yang sama setelah seri 1-1 di laman sendiri.
Pada separuh masa pertama, Marseille bernasib baik kerana tidak ketinggalan lebih daripada satu gol apabila Jordan Veretout tersilap menanduk hantaran bola ke gawang sendiri.
Bekas pemenang Liga Juara-Juara itu berjaya menyamakan kedudukan pada masa 90 saat separuh masa kedua bermula.
Terdahulu kelmarin, Marseille mengumumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan untuk menandatangani bintang Piala Dunia Maghribi, Azzedine Ounahi dari saingan Liga 1, Angers.
Bayaran untuk pemain tengah itu dijangka dalam lingkungan 10 juta euro (AS$10.9 juta).
Reims, yang mana jurulatih Inggeris kelahiran Belgium, Will Still, yang baru berusia 30 tahun, akan mempertahankan rentetan 13 perlawanan tanpa kalah apabila mereka pergi ke PSG hari ini. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/01/P22-1B-web_30012023.jpg)