Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Leonardo ‘dating’ dengan Victoria

    Kisah cinta pelakon, Leonardo DiCaprio sekali lagi menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat.

    Kali ini dia dikatakan mula rapat dengan pelakon muda, Victoria Lamas, 23, selepas mereka keluar makan malam bersama di sebuah restoran.

    Meskipun mereka keluar berasingan dari restoran berkenaan, namun kedua-duanya dilihat menaiki kenderaan sama pada malam tersebut. Bagaimanapun satu sumber memberitahu Page Six, mereka bukanlah pasangan bercinta dan makan malam itu turut disertai oleh beberapa orang rakan lain.

    “Mereka tidak bercinta. Kedua-duanya duduk berjauhan ketika di meja makan dan mereka turut bersama rakan-rakan lain,” jelas sumber berkenaan.

    Selepas putus cinta dengan bekas kekasihnya pada hujung Ogos lalu, Leonardo, 48, sering menjadi perhatian ramai apabila dia dilihat rapat dengan beberapa orang wanita berbeza.

    Sebelum ini dia pernah dikatakan bercinta dengan model, Gigi Hadid namun kisah itu akhirnya sekadar angin lalu. – Agensi

    Leonardo dilihat makan malam bersama Victoria. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda