Monday, July 14, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Leonardo DiCaprio bakal kahwini Vittoria Ceretti

    Leonardo DiCaprio yang selama ini dikenal sebagai salah seorang pelakon bujang paling ikonik di Hollywood, kini dikhabarkan bersedia melangkah ke alam perkahwinan yang lebih serius dalam kehidupannya. Pada usia 50 tahun, bintang filem Titanic itu dikatakan telah mempertimbangkan untuk mengakhiri zaman bujangnya dan berkahwin dengan kekasihnya, seorang model Itali, Vittoria Ceretti, yang berusia 27 tahun.

    Berita itu pertama kali dikemukakan oleh Radar Online, yang menyatakan Leonardo DiCaprio mulai merasa serik dengan panggilan ‘buaya darat’ yang selama ini ditujukan kepadanya. Ia juga dilaporkan ingin membuktikan dirinya mampu membina hubungan jangka panjang yang stabil dan bermakna.

    Seorang yang rapat dengan aktor tersebut berkata, DiCaprio secara peribadi pernah mengatakan, ‘dia tidak ingin jadi orang terakhir untuk hari bahagia itu.’ Ungkapan tersebut menandakan dia kini mula berfikir tentang masa depan dan tidak ingin dikenali sebagai lelaki bujang yang sering berganti-ganti pasangan. Sumber tersebut mengulas lebih lanjut, hubungan Leonardo dengan Vittoria semakin serius dan pertunangan mereka hanya menunggu waktu yang sesuai sahaja lagi.

    Sejak menjalin hubungan dengan Vittoria Ceretti pada Ogos 2023, kedua-duanya beberapa kali sering bersama di beberapa acara dan percutian peribadi. Sebagai maklumat tambahan, DiCaprio pernah menjalinkan hubungan yang rapat dengan beberapa selebriti terkenal, seperti Gisele Bundchen, Bar Refaeli, Camila Morrone termasuk Blake Lively dan Rihanna. Namun, sehingga kini, tidak seorang pun daripada hubungan tersebut yang berakhir dengan ikatan perkahwinan. – Agensi

    Dicaprio tidak ingin jadi orang terakhir untuk hari bahagia. – abs
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda