Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Leonardo DiCaprio kini tagih cinta Gigi Hadid

    Belum seminggu dilaporkan putus cinta, pelakon Leonardo DiCaprio kini dikatakan mula menjalinkan hubungan dengan model terkenal Gigi Hadid.

    Menurut sumber seperti yang dipetik dari In Touch, kedua-dua mereka sudah lama berkenalan dan Gigi memiliki ciri-ciri wanita idaman Leonardo.

    Bagaimanapun satu sumber lain memberitahu mereka hanyalah kawan rapat walau beberapa kali dilihat meluangkan masa bersama kebelakangan ini.

    “Mereka sudah mula kenal sejak beberapa tahun lalu. Gigi adalah wanita idaman Leonardo. Dia cantik, seksi dan sentiasa merendah diri.

    “Mereka beberapa kali berjumpa sepanjang musim panas ini. Pertemuan mereka hanya biasa sahaja dan tidak berpanjangan.

    “Mereka mempunyai kelompok rakan yang sama,” jelas sumber berkenaan.

    Pada 31 Ogos lalu, Leonardo disahkan putus cinta dengan bekas kekasihnya Camila Morrone selepas empat tahun mereka bersama.

    Sementara itu Gigi pula sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan penyanyi Zayn Malik dan mereka memiliki seorang anak perempuan iaitu Khai yang kini berusia dua tahun. – Agensi

    Terdapat satu sumber memberitahu Leonardo dan Gigi hanyalah kawan rapat walau beberapa kali dilihat meluangkan masa bersama kebelakangan ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda