Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Leong Yoke Kuan raih emas acara e-sukan

    KUALA LUMPUR, 19 SEPT – Penantian pingat emas buat atlet Negeri Sembilan Leong Yoke Kuan semenjak Sukan Malaysia (Sukma) yang sepatutnya berlangsung pada 2020, akhirnya direalisasikan apabila beliau menjuarai acara e-sukan ‘Pro Evolution Soccer’ (PES) 2021 di sini hari ini.

    Dalam kejohanan e-sukan yang diadakan buat julung kalinya pada tahun ini menyaksikan atlet berusia 23 tahun itu mempersembahkan corak permainan yang memberangsangkan apabila menewaskan peserta Terengganu Muhammad Rafiq Firdaus Junus @ Ramli 2-1 sekali gus menyaksikan negeri Pantai Timur itu meraih pingat perak.

    Sementara atlet Kedah Muhammad Hariz Hazmi Hakimin terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.

    Beliau yang lebih mesra disapa Yoke bagaimanapun berkata tidak menyangka mampu menjuarai kejohanan dwitahunan itu apabila kalah pada peringkat final playoff kumpulan atas dengan lawan sama Terengganu 0-2.

    “Saya tak jangka jadi juara, ia umpama mimpi sebaik sahaja wisel berbunyi saya muncul juara kerana saya pernah kalah kepada (Muhammad Rafiq Firdaus) di peringkat kumpulan atas 1vs 1. Berbaloi penantian semenjak 2020 sebab saya ingatkan tiada peluang untuk saya beraksi di Sukma.

    “Sebab semua orang boleh main tetapi saya rasa nak kawal tekanan dan bermain di bawah tekanan, itu yang paling susah tetapi saya berjaya buktikan.

    Jadi saya mahu mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan e-sukan Negeri Sembilan,” katanya ketika ditemui pemberita di Quill Mall City di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda