Oleh Fadley Faisal

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – Mahkamah Majistret semalam memerintahkan seorang lelaki warga Indonesia untuk membayar denda sebanyak $68,600 kerana memiliki rokok seludup.
Mohamad Sili, 44, akan dihukum penjara selama 16 bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Magistret Syaffina Shahif diberitahu oleh pendakwa kastam bahawa defendan telah didapati menyimpan 69 kotak, satu paket dan 27 batang rokok di sebuah rumah di Kampung Delima Satu ketika pegawai Pencegahan Kastam melakukan pemeriksaan pada jam 2:40 petang pada 11 Mac.
Mahkamah memerintahkan rokok tersebut untuk dimusnahkan.


