KUANTAN, 20 OGOS – Seorang warga emas berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM496,000 lesap selepas diperdaya sindiket Macau Scam, kononnya dia terlibat dalam pengubahan wang haram sejak pertengahan bulan lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 60 tahun itu mendakwa dihubungi seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai pos laju bagi membuat siasatan berhubung kiriman bungkusan