SINGAPURA, 8 MEI – Seorang wanita berusia 60 tahun kerugian S$20,000 selepas melakukan tinjauan online bagi mendapatkan secawan teh susu boba.
Kejadian berlaku selepas wanita itu tertarik dengan tawaran yang kelihatan menarik di kedai teh boba yang dikunjungi yang meminta pelanggan mengisi kaji selidik pada kod QR yang dipamerkan di pintu masuk kedai tersebut.
Wanita itu kemudian mengimbas kod QR pada stiker di kedai itu dan memuatnaik aplikasi pihak ketiga dalam telefon Androidnya untuk melengkapkan tinjauan.
Malam itu, semasa dia tidur, telefonnya bernyala dan aplikasi yang dimuatnaiknya telah digunakan oleh scammer untuk memindahkan wang berjumlah S$20,000 dari bank akaunnya.
Wanita itu merupakan salah seorang mangsa scam malware yang semakin berleluasa di Singapura.– ANN/Straits Times


