Thursday, December 19, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lesti gementar mahu bersalin secara pembedahan

    Penyanyi Indonesia, Lesti Kejora memberitahu dia berkemungkinan akan melahirkan anak kedua secara pembedahan.

    Lesti atau Lestiani, 25 berkata suaminya iaitu Rizky Billar mengizinkan permintaannya untuk bersalin melalui kaedah sama seperti kelahiran anak pertama.

    “Doakan semuanya berjalan lancar sehingga semuanya selesai. Insya-Allah saya akan guna kaedah pembedahan sebab sebelum ini pun sama.

    “Kalau ayahnya, dia okay saja, yang penting saya selesa, asalkan anak dan saya dalam keadaan sihat,” katanya.

    Memetik laporan mStar, dalam pada itu, Lesti turut menyatakan rasa gementar membilang hari kelahiran itu.

    Lesti rasa gementar menghitung hari kelahiran anak keduanya. – mStar

    “Ya, untuk anak kedua ini saya agak gementar kerana sebelum ini pun melalui kaedah pembedahan juga, tapi doakan saya dan anak selamat.

    “Kalau untuk tarikh lahir belum ada lagi tapi saya okay saja. Yang penting anak sihat,” ujarnya.

    Dalam pada masa sama, Rizky mendedahkan jantina anak yang akan dilahirkan tak lama lagi ialah seorang perempuan.

    “Alhamdulillah anak kedua kami dan insya-Allah anak yang akan lahir nanti perempuan,” luahnya.

    Untuk rekod, Lesti dan Rizky telah mendirikan rumah tangga pada 2021 dan dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Levian Al Fatih Billar yang kini berusia setahun. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda