Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lesung pipit Tom menjadi bualan peminat

    Penyanyi Tom secara terbuka mengakui bentuk lesung pipit pada wajahnya bukanlah semula jadi.

    Sebaliknya kata Tom atau Raja Farah Afzan Raja Ikram, 37, ia adalah kesan melakukan tindik pada bahagian pipi sebelum ini meskipun ia telah ditanggalkan.

    Tom berkata, dia juga tidak berasa malu mengakui perkara tersebut kerana ia adalah sebahagian daripada zaman nakalnya ketika muda.

    “Memang fake pun, bukan semula jadi. Dulu saya suka bertindik, ketika zaman-zaman ‘jahiliah’. Salah satunya di sini (pipi).

    “Saya tak malu nak mengaku memang fake pun.

    Tom mengaku lesung pipitnya bukan semula jadi tapi kesan tindik. – mStar

    “Apabila pakai tindik terlalu lama ia akan membuatkan tisu rosak dan jadi lesung pipit seperti ini. Ia akan kekal sampai bila-bila,” katanya kepada mStar.

    Tom menjelaskan perkara tersebut menerusi beberapa video yang dimuat naik di Insta Story miliknya baru-baru ini.

    Dia juga turut memberitahu mukanya sebelum ini penuh kesan tindik termasuk di bahagian hujung kening.

    Menurut Tom kesan pada pipi itu menyebabkan lesung pipitnya akan sentiasa kelihatan meskipun bukan dalam keadaan tersenyum.

    “Senyum atau tidak memang akan nampak. Kalau semula jadi, lesung pipit tidak akan nampak sekiranya tidak senyum,” ujarnya.

    “Ramai sangat yang bertanya. Ada yang kata cantik, ada yang nak tahu fake atau tidak.

    “Saya dah jawab ini, jangan gaduh-gaduh ye,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda