Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Let’s Eat @ Seria Edisi Ramadan bermula

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 30 APRIL – Berikutan kejayaan acara yang diadakan pada Mac lalu, Simply Sayang sekali lagi mengendalikan Let’s Eat @ Seria Edisi Ramadan yang bermula hari ini di kawasan letak kereta Grand Seria Bowling Centre, Seria.

    Sejumlah 32 vendor yang terdiri daripada pengusaha dari daerah ini dan daerah-daerah lain mengetengahkan produk-produk makanan mereka serta memeriahkan suasana pekan berkenaan.

    Selain jualan makanan dan minuman, acara berkenaan juga mengetengahkan pelbagai vendor tekstil yang menampilkan pelbagai produk sesuai bagi Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

    Dengan sambutan yang menggalakkan daripada vendor-vendor dan pengunjung, acara Let’s Eat @ Seria itu akan diadakan lagi dengan memfokuskan pelbagai tema setiap dua bulan.

    Pengunjung membeli minuman di salah satu gerai yang ikut serta dalam acara jualan tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda